Wednesday, July 21, 2010

Falsafah Haji.

MENUJU KE JALAN ALLAH
Kita hendaklah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita sehingga dengan berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat mencari penentuan hidup yang diredhai Allah. Kita juga harus bersyukur kerana kita telah dan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal kita seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

PENGGUNAAN HARTA
Menunaikan fardhu haji diwajibkan kepada mereka yang berkuasa sampai kepada-Nya, yakni mereka yang mempunyai kemampuan dalam semua aspek, khasnya kemampuan perbelanjaan di mana aspek tersebut jika digunakan bagi tujuan menyampaikan diri ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji adalah menepati kehendak kegunaan harta yang sebaik-baiknya.

IBADAH HAJI BEKALAN UNTUK AKHIRAT
Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini. Sesungguhnya mereka sanggup berkorban harta benda, wang dan jiwa raga untuk memperhambakan diri dengan sebenar-benarnya kepada Allah, mereka tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk dan hidayah serta ketinggian martabat iman di sisi Allah.

PENGORBANAN HAJI
Setiap ibadat yang sempurna memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan yang perlu dicurahkan. Ibadat haji khususnya bukan sahaja mengorbankan tenaga, masa dan perbelanjaan yang banyak yang dikumpulkan bertahun-tahun, bahkan ia berkehendakkan seseorang itu menanggung perpisahan dengan keluarga, sanak saudara, sahabat handai, harta kekayaan dan kampung halaman serta menahan kemahuan-kemahuan nafsu semasa dalam ihram. Ia juga merupakan satu pengorbanan yang luarbiasa dari kelaziman menunaikan ibadt-ibadat lain dalam hidup kita sepanjang tahun, umpamanya sembahyang lima waktu boleh dilakukan dalam rumah sendiri, di bilik berkipas atau berhawa dingin, begitu juga puasa boleh berbaring-baring malah tidur pun boleh di bilik yang selesa dengan tidak perlu keluar rumah.

Ibadat haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapai kehendak ibadatnya dengan begitu mudah, kita perlu menghadirkan diri kita ke Tanah Suci dengan keadaan yang luar dari kebiasaan. Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari kelaziman dan kesenangan yang diterima selama ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan seperti di negara sendiri. Kita terpaksa berkhemah di Arafah dan Mina dengan pakaian putih di atas padang pasir memperkata dan membisikkan sesuatu kepada Allah bagi memohon keampunan dan keredhaan sebelum kembali kepada-Nya. Ibadat haji merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba kepada Allah sudah tentu mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak serta hikmah yang besar.

Firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 27 hingga 29, maksudnya: "Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban.

Dengan yang demikian makanlah darinya (daging qurban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu)".

Dalam ayat tersebut Allah memerintahkan supaya haji itu hendaklah disempurnakan sekalipun dengan berjalan kaki atau berkenderaan menunggang unta yang kurus dengan sebab jauhnya berjalan. tah ada balasannya, balasan bagi haji ada dinyatakan dalam banyak hadis Rasulullah SAW.Di antara hadisnya dari Abu Hurairah, maksudnya: "Barangsiapa menunaikan haji ke Baitullah, sedangkan ia tiada melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang, maka bersihlah ia dari dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya".

MANFAAT HAJI

Dapat berada di Tanah Suci Makkah yang merupakan semulia-mulia bumi tempat lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dapat beribadat di Masjidil Haram di hadapan Baitullahil Haram di mana pahalanya menyamai atau melebihi sembahyang seratus ribu sembahyang di masjid lain. Dapat melihat dan memandang Kaabah (Baitullahil Haram), kiblat seluruh umat Islam dalam sembahyang di mana memandang Kaabah sahaja akan mendapat 20 rahmat, jika rsembahyang kepada-Nya akan mendapat 40 rahmjika melakukan tawaf akan mendapat Dapat berada di tempat-tempat yang paling mustajab berdoa sepeti di Multazam, di Hijir Ismail, di Telaga Zam-Zam di mana airnya menjadi penawar kepada segala penyakit dan menjadi sepertimana diniatkan. Dapat menjadi tetamu Allah atau tetamu Al-Rahman yang akan diperkenankan segala permohonan dan diampunkan jika memohon keampunan. Akan mendapat peluang balasan syurga Jannatunnaim jika dapat menghasilkan haji yang mabrur. Dengan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan jelaslah bahawa nilai haji itu bukan boleh diukur dengan wang ringgit atau apa-apa nilai di dunia ini tetapi adalah harga bagi sifat keimanan dan ketakwaan yang menjadi hikmah di sisi Allah.

SIFAT-SIFAT KEIMANAN
Di antara tuntutan sifat-sifat keimanan yang dikehendaki di sebalik ibadat haji ialah: 1. Kesabaran menghadapi ujian. 2. Pengorbanan harta, masa dan perasaan. 3. Penanaman sifat bergantung kepada Allah semata-mata di mana kebiasaannya keluarga, sanak saudara, harta benda akan terpisah sebagai gambaran bahawa apabila berada di alam Barzakh atau Padang Mahsyar nanti bergantung kepada rahmat Allah setelah berpisah dengan harta benda dan segala kesayangannya.

MENGHAYATI FALSAFAH HAJI
Sebaik cara supaya pemergian kita ke Tanah Suci berhasil dengan kejayaan yang diredhai Allah ialah dengan menghayati segala falsafah dan rahsia yang terkandung di dalam ibadat haji itu sendiri yang bermula dengan menghidupkan roh haji itu di hati sanubari sebelum kita bertolak ke Tanah Suci, mulakan azam melatih diri awal-awal lagi memahami kehendak haji, walaupun kita belum sampai ke Tanah Suci, namun kita seharusnya telah memulakan persiapan dengan mengorak langkah mengkaji diri kita sendiri. Jangan letakkan diri kita menunggu perubahan setelah sampai ke Tanah Suci atau selepas selesai mengerjakan haji, tetapi sebaliknya kita cuba mengubah diri kita dahulu mulai sekarang mengikut matlamat yang digariskan oleh haji. Sebelum kita melontar jamrah, kita sepatutnya mula melontar sifat-sifat buruk dan keji. Sebelum kita melaksanakan sembahyang 40 waktu di masjid ahmat.

SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN TERCELA
Segala usaha yang dilakukan dalam proses menunaikan yang diniatkan dengan ikhlas dan dilaksanakan dengan sempurna sudah tentu Insya-Allah akan menghasilkan haji yang diterima Allah. Dan biasanya seseorang yang telah menjalani pengalaman mengerjakan haji dan mengambil segala manfaatnya, tidak kira sama adaa orang awam atau pemimpin akan melakukan perubahan positif dalam setiap gerak-gerinya, dalam percakapan, pemikiran, daya usaha, pergaulan, pakaian dan seluruh muamalatnya atau dengan lain perkataan, mereka yang mendapat manfaat dari haji itu akan mengamalkan sifat-sifat terpuji, sifat terpuji (Al-Mahmudah) dan meninggalkan sifat-sifat yang tercela (Sifat Mazmumah) dan akan menjadi individu atau pemimpin yang baik dan kesan inilah yang perlu dihasilkan oleh setiap muslim yang memunaikan haji, jika tidak, maka itu bermakna seseorang itu tidak mencapai apa-apa matlamat dan manfaat dari ibadat haji.

MEMAHAMI HAKIKAT PEKERJAAN HAJI
Berbahagia dan berjayalah mereka yang dapat mencapai dan memahami hakikat pekerjaan haji iaitu melaksanakan dan menghayati kehendak-kehendak haji dengan keimanan, kesabaran dan penuh harapan kepada rahmat Allah.

MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAT
Di Tanah Suci, ambillah peluang membuat amal ibadat sebanyak-banyaknya, jangan membuang masa di kedai-kedai atau pasar-pasar atau berjalan-jalan yang tidak menguntungkan. Di sana masa terlalu suntuk untuk beribadat manakala ganjaran pahala berlipat ganda. Semasa di Tanah Suci, kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan di sana supaya tidak berlaku sebarang masalah kepada diri kita. Bersabarlah selalu, bertenang menghadapi pelbagai cabaran dan sabar itu tanda-tanda orang yang beriman kerana di dalam keadaan jemaah haji yang begitu ramai, sudah pasti banyak perkara yang tidak disangka-sangka boleh berlaku.

Apabila kita telah memahami keadaan yang akan berlaku, maka bersedialah menghadapinya, kerana tiap-tiap sesuatu yang berlaku mempunyai makna dan hikmahnya di atas kehendak Allah sebagai ujian dan dari ujian itu haruslah direnungkan rahmat Allah dan mungkin ia merupakan tanda-tanda makbulnya doa hambanya dan mendapat keampunan. Mungkin juga itu menandakan kasih sayang Allah kepada kita untuk menerima balasan di dunia dan terselamat di akhirat kelak. Kita hendaklah berpegang teguh dengan ketetapan hukum Allah di mana sahaja kita berada, kita hendaklah percaya dan rela menerima ketentuan qada dan qadar yang sudah pasti ditetapkan oleh Allah yang Maha Berkuasa dan membuang perasaan tidak puas hati.

Perasaan marah terhadap kesusahan yang kita tempuhi boleh diertikan sebagai kita tidak berpuashati dengan qada dan qadar serta mencabar kuasa Allah. Ia juga merupakan satu tindakan yang hanya akan mendedahkan rahsia diri sendiri sebagai orang yang mempunyai dosa yang banyak dan ditimpa kesengsaraan di Tanah Suci.

No comments:

Post a Comment